Aktiviti Sem Sept 18 – Jan 19

Beberapa aktiviti telah diadakan sepanjang semester ini. Aktiviti PERMAS yang telah dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih kepada semua exco yang bekerjasama untuk menjayakan aktiviti tersebut..

 

1. UniFest

Pada 5 Oktober 2018, UiTMJ telah mengadakan University Festival (UniFest) dan PERMAS telah turut serta dalam festival ini. Terdapat sesi pameran kelab dan jualan. Tema UniFest kali ini menampilkan kelainan iaitu Melayu Tradisional. PERMAS juga telah dinobatkan anugerah Kelab Paling Popular sekali lagi untuk semester ini. Alhamdulillah terima kasih kepada yang mengundi kami.

 

2. Klinik Tajwid

Program Klinik Tajwid ini telah diadakan sebanyak 3 sesi pada semester ini iaitu pada 23 September, 21 Oktober dan akan datang iaitu 18 November. Program ini dikendalikan oleh al-Fadhil Ustaz Azrul Iswan Abdull Raman, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (IMAM) UiTM Kampus Segamat. Banyak input yang diperolehi sepanjang program ini berlangsung dan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan mahasiswa.

IMG_E2004[1]IMG_E2005[1]IMG_E2006[1]IMG_2009[1]

 

3. Sukan PERMAS

Sukan PERMAS merupakan aktiviti dalaman PERMAS yang dikendalikan oleh Biro Pengurusan Masjid dan Kebajikan (BPMK). Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama exco PERMAS disamping menggalakkan mahasiswa untuk bersukan. Program ini telah berlangsung pada 27 Oktober 2018 dengan membabitkan sukan futsal bagi siswa dan bola jaring bagi siswi.

 

 

 

4. Talk Liberalisme

Pada 30 Oktober2018, program talk telah berjaya berlangsung. Program bicara yang membincangkan topik Liberalisme: Tuntutan atau Ancaman? telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Amin atau PU Amin. Program ini turut mendapat sambutan yang baik dalam kalangan warga UiTMJ.

 

5. Journey Of Muslim Camp (JOM Camp) 2.0

Alhamdulillah, pada 22 – 24 November 2018, PERMAS telah berjaya mengadakan JOM Camp yang bertempat di Berhulu Camp, Jempol Negeri Sembilan. Pelbagai aktiviti yang bermanfaat telah dilaksanakan sepanjang kem ini berlangsung.

 

6. Dinner PERMAS

Alhamdulillah, Dinner PERMAS telah berjaya dilaksanakan pada 26 Disember 2018 lalu. Ini merupakan aktiviti terakhir PERMAS bagi semester ini. Dinner ini turut bertujuan untuk meraikan para exco yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program-program sepanjang semester ini. Tambahan pula, sebagai penghargaan kepada exco yang akan menamatkan pengajian mereka pada sem ini. Pelbagai juadah yang enak telah disajikan kepada semua exco. Penasihat PERMAS, Ustaz Rafiuddin Bin Mohd Yusof turut hadir bagi sama-sama meraikan Dinner PERMAS.

f981c4eb-ddcb-498e-add2-39895f454baf
Penyampaian cenderahati kepada Ustaz Rafiuddin

 

e0609ab7-4df3-4eea-a307-3dd0e8f6a7c6
Biro Pengurusan Masjid & Kebajikan (BPMK)
ed3f60a1-43a1-4874-86bb-31e998db5c7e
Biro Ekonomi (BE)
6d4ee7c7-1fc2-4cb6-9e8b-e95664b317ff
Biro Dakwah & Tarbiah (BDT)
e468ff2e-bd8d-4f9b-80d6-8bbf84afcfcd
Biro Multimedia & Informasi (BMI)
58366e37-aa40-4b2b-b93e-c9bd033d3218
Keluarga besar PERMAS

 

Moga semua dirahmati Allah dan ukhwah berkekalan. ^^

Aktiviti Sem Mac-Julai 2018

Alhamdulillah. Sepanjang semester ini, aktiviti-aktiviti PERMAS yang telah dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih kepada semua exco yang bekerjasama untuk menjayakan aktiviti tersebut..

 

1. Pencarian Exco Baru

Sesi temuduga exco baru telah dilaksanakan pada 13 Mac 2018. Alhamdulillah PERMAS mendapat sambutan yang baik dalam kalangan mahasiswa/i UiTMJ.

 

2. Annual General Meeting

AGM Permas bagi semester ini telah berjaya dilaksanakan pada 18 Mac 2018. Sesi Pelantikan Pimpinan PERMAS telah berlangsung. Alhamdulillah, ramai mahasiswa/i yang hadir bagi menjayakan program ini.

 

3. Musyafahah Al-Quran

Musyafahah Al-Quran merupakan program pengajian ilmu Al-Quran yang terbahagi kepada dua sesi iaitu Pemantapan Tajwid dan Tadabbur Surah al-Qiyamah. Program ini disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azrul Iswan Abd Raman, Penolong Pegawai HEI UiTMJ. Program ini berlangsung pada 28 & 29 Mac 2018. Program ini mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan warga UiTMJ dan insyaAllah akan diteruskan pada semester hadapan.

 

4. Explorace & Jualan UniFest 2018

Pada 31 Mac 2018, UiTMJ telah mengadakan University Festival (UniFest) dan PERMAS telah turut serta dalam festival ini. Terdapat sesi pameran kelab dan jualan. UniFest kali ini menampilkan kelainan iaitu terdapat aktiviti sampingan persatuan jalankan. PERMAS telah mengadakan aktiviti explorace iaitu Journey For ‘Ilm. Alhamdulillah explorace ini turut mendapat sambutan yang memberangsangkan dari kalangan mahasiswa/i. PERMAS juga telah dinobatkan anugerah Kelab Paling Popular. Alhamdulillah terima kasih kepada yang mengundi kami.

 

5. Talk: LGBT Itu Penyakit, Bukan Hak Asasi

Pada 20 April 2018, program talk telah berjaya berlangsung. Program bicara yang membincangkan topik LGBT Itu Penyakit Bukan Hak Asasi telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Raihan atau PU Raihan. Program ini turut mendapat sambutan yang baik dalam kalangan warga UiTMJ. YBhg Rektor, Prof Madya Dr Ahmad Naqiyuddin Bakar turut serta dalam program ini.

 

6. Liga Masjid As-Syakirin

Liga Masjid merupakan aktiviti terakhir bagi semester ini. Program ini hasil kolaborasi dengan Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) UiTMJ. Antara sukan yang dijalankan adalah futsal, tennis, bola baling dan memanah. Program sukan yang julung kali dilaksanakan oleh PERMAS turut mendapat sambutan yang baik dalam kalangan mahasiswa/i.

 

7. Jualan Uptown Siswa

Biro Ekonomi PERMAS telah turut serta dalam Uptown Siswa anjuran MPP UiTMJ. Pelbagai menu makanan telah dijual. Program ini berlangsung dua kali iaitu 27 Mac dan 22 April 2018.