Aktiviti Sem Mac-Julai 2018

Alhamdulillah. Sepanjang semester ini, aktiviti-aktiviti PERMAS yang telah dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih kepada semua exco yang bekerjasama untuk menjayakan aktiviti tersebut..

 

1. Pencarian Exco Baru

Sesi temuduga exco baru telah dilaksanakan pada 13 Mac 2018. Alhamdulillah PERMAS mendapat sambutan yang baik dalam kalangan mahasiswa/i UiTMJ.

 

2. Annual General Meeting

AGM Permas bagi semester ini telah berjaya dilaksanakan pada 18 Mac 2018. Sesi Pelantikan Pimpinan PERMAS telah berlangsung. Alhamdulillah, ramai mahasiswa/i yang hadir bagi menjayakan program ini.

 

3. Musyafahah Al-Quran

Musyafahah Al-Quran merupakan program pengajian ilmu Al-Quran yang terbahagi kepada dua sesi iaitu Pemantapan Tajwid dan Tadabbur Surah al-Qiyamah. Program ini disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azrul Iswan Abd Raman, Penolong Pegawai HEI UiTMJ. Program ini berlangsung pada 28 & 29 Mac 2018. Program ini mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan warga UiTMJ dan insyaAllah akan diteruskan pada semester hadapan.

 

4. Explorace & Jualan UniFest 2018

Pada 31 Mac 2018, UiTMJ telah mengadakan University Festival (UniFest) dan PERMAS telah turut serta dalam festival ini. Terdapat sesi pameran kelab dan jualan. UniFest kali ini menampilkan kelainan iaitu terdapat aktiviti sampingan persatuan jalankan. PERMAS telah mengadakan aktiviti explorace iaitu Journey For ‘Ilm. Alhamdulillah explorace ini turut mendapat sambutan yang memberangsangkan dari kalangan mahasiswa/i. PERMAS juga telah dinobatkan anugerah Kelab Paling Popular. Alhamdulillah terima kasih kepada yang mengundi kami.

 

5. Talk: LGBT Itu Penyakit, Bukan Hak Asasi

Pada 20 April 2018, program talk telah berjaya berlangsung. Program bicara yang membincangkan topik LGBT Itu Penyakit Bukan Hak Asasi telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Raihan atau PU Raihan. Program ini turut mendapat sambutan yang baik dalam kalangan warga UiTMJ. YBhg Rektor, Prof Madya Dr Ahmad Naqiyuddin Bakar turut serta dalam program ini.

 

6. Liga Masjid As-Syakirin

Liga Masjid merupakan aktiviti terakhir bagi semester ini. Program ini hasil kolaborasi dengan Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) UiTMJ. Antara sukan yang dijalankan adalah futsal, tennis, bola baling dan memanah. Program sukan yang julung kali dilaksanakan oleh PERMAS turut mendapat sambutan yang baik dalam kalangan mahasiswa/i.

 

7. Jualan Uptown Siswa

Biro Ekonomi PERMAS telah turut serta dalam Uptown Siswa anjuran MPP UiTMJ. Pelbagai menu makanan telah dijual. Program ini berlangsung dua kali iaitu 27 Mac dan 22 April 2018.

 

Tinggalkan komen